Berapa ramai orang menunggu hari yang akan datang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كم من مستقبل يوما لا يستكلمه! ومنتظر غدا لا يبلغه! لو تنظرون إلى الأجل ومسيره، لأبغضتم الأمل وغروره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berapa ramai orang menunggu hari yang akan datang dia tidak dapat sempurnakan, dan penunggu hari esok juga dia tidak sampai, seandainya kamu melihat kepada ajal dan perjalanannya, kamu akan membenci cita-cita dan tipu dayanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2025, hadis nombor 10182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عون بن عبدالله أنه كان يقول: كم من مستقبل يوما لا يستكلمه! ومنتظر غدا لا يبلغه! لو تنظرون إلى الأجل ومسيره، لأبغضتم الأمل وغروره.
[ابن المبارك، حل، ((الضعيفة)) (4121)]

(Lemah)
Daripada Aun bin Abdullah, sesungguhnya dia berkata: Berapa ramai orang menunggu hari yang akan datang dia tidak dapat sempurnakan, dan penunggu hari esok juga dia tidak sampai, seandainya kamu melihat kepada ajal dan perjalanannya, kamu akan membenci cita-cita dan tipu dayanya.
[Riwayat Ibn Mubarak dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4121]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.