TEKS BAHASA ARAB
من أراد أن يؤتيه الله علما بغير تعلم وهدى بغير هداية فليزهد في الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa mahu Allah memberikannya ilmu tanpa perlu dia belajar dan juga hidayah petunjuk tanpa perlu meminta, maka hendaklah dia zuhud di dunia.
STATUS
Tidak dijumpai
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«مَنْ أَرَادَ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ عِلْمًا بِغَيْرِ تَعَلُّمٍ وَهُدًى بِغَيْرِ هِدَايَةٍ فَلْيَزْهَدْ فِي الدُّنْيَا» لَمْ يُوجد.
Maksudnya: “Barangsiapa mahu Allah memberikannya ilmu tanpa perlu dia belajar dan juga hidayah petunjuk tanpa perlu meminta, maka hendaklah dia zuhud di dunia.”
Tidak dijumpai (sumber asalnya).
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.