TEKS BAHASA ARAB
من بنى بناء فوق ما يكفيه كلف يوم القيامة بحمله على عاتقه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang membina sebuah binaan lebih daripada kecukupannya, necaya dibebankan ke atasnya membawa (binaan tersebut) di atas tengkuknya pada hari kiamat.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 592, hadis nombor 3045. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عبد الله بن مسعود –رضي الله عنه– مرفوعا: ((من بنى بناء فوق ما يكفيه كلف يوم القيامة بحمله على عاتقه)). [طب، عد، حل، ((الضعيفة)) (175)].
(Batil) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membina sebuah binaan lebih daripada kecukupannya, necaya dibebankan ke atasnya membawa (binaan tersebut) di atas tengkuknya pada hari kiamat. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Adi dalam al-Kamil fi-al-Ḍhu’afa’, dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 175].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.