Barang siapa yang membaca surah Yasin pada waktu malam demi mendapat keredhaan Allah maka akan diampunkan baginya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ {يس} في ليلة ابتغاء وجه الله، غفرله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca surah Yasin pada waktu malam demi mendapat keredhaan Allah maka akan diberi keampunan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1601, hadis nombor 8082. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من قرأ {يس} في ليلة ابتغاء وجه الله، غفرله)). [الدرامي، الطيالسي، ابن السني، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عق، ع، عد، طس، طص، حل، حب، خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6623)].

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca surah Yasin pada waktu malam demi mendapat keredhaan Allah maka akan diberi keampunan baginya.)) Diriwayatkan daripada hadith Jundub Bin Abdullah dan Abdullah Bin Mas’ud dan Mi’qal Bin Yassar.
[Riwayat al-Darimi, al-Tayalisi, Ibn al-Sunni, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Abu Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibnu ‘Adī dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Mu‘jam al-Ṣaghīr, Abu Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād dan Ibnu al-Jawzi . Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6623].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs