Barang siapa yang diberikan nikmat oleh Allah dengan satu nikmat, lalu dia ingin mengekalkannya

TEKS BAHASA ARAB

من أنعم الله عليه بنعمة، فأراد بقاءها، فليكثر من قول: لا حول ولا قوة إلا بالله» ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: {ولولا إذ دخلت جنتك قلت ما شاء الله لا قوة إلا بالله} [الكهف: 39].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang diberikan nikmat oleh Allah dengan satu nikmat, lalu dia ingin mengekalkannya. Perbanyakkanlah menyebut:
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah).
Kemudian Rasulullah SAW membaca: “Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, engkau sebut: Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.” [al-Kahfi: 39]

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1494, hadis nombor 7618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عقبة بن عامر مرفوعاً. وقال: من أنعم الله عليه بنعمة، فأراد بقاءها؛ فليكثر من قول: لا حول ولا قوة إلا بالله. ثم قرأ رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: “ولولا إذ دخلت جنتك قلت ما شاء الله لا قوة إلا بالله”.[الكهف: 39] [طس، ((الضعيفة)) (4564)]

(Palsu) Daripada Uqbah bin Amir RA secara marfu’: Barang siapa yang diberikan nikmat oleh Allah dengan satu nikmat, lalu dia ingin mengekalkannya. Perbanyakkanlah menyebut:
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah).
Kemudian Rasulullah SAW membaca: “Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, engkau sebut: Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.” [al-Kahfi: 39] [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4564]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs