Balaslah kebaikan saudaramu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أثيبوا أخاكم، قالوا: وما إثابته؟ قال: تدعون الله له؛ فإن في الدعاء إثابة له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Balaslah kebaikan saudaramu, mereka bertanya: Apakah cara membalas kebaikannya? Baginda menjawab: Kamu berdoa kepada Allah untuknya, kerana pada doa itu ada pembalasan kebaikan untuknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1422 – 1423, hadis nombor 7223. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: دعي رسول الله ﷺ إلى طعام وأصحابه، فلما طعموا قال النبي ﷺ: أثيبوا أخاكم، قالوا: وما إثابته؟ قال: تدعون الله له؛ فإن في الدعاء إثابة له.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1928)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: Rasulullah SAW pernah diajak untuk makan bersama sahabat Baginda, apabila mereka makan, Nabi Allah SAW pun bersabda: Balaslah kebaikan saudaramu, mereka bertanya: Apakah cara membalas kebaikannya? Baginda menjawab: Kamu berdoa kepada Allah untuknya, kerana pada doa itu ada pembalasan kebaikan untuknya.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1928]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.