Bahawa Rasulullah mengangkat kedua-dua tangannya merapati kedua-dua telinga pada permulaan solat, kemudian baginda tidak mengulanginya lagi

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا افتتح الصلاة رفع يديه إلى قريب من أذنيه ثم لا يعود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Rasulullah mengangkat kedua-dua tangannya merapati kedua-dua telinga pada permulaan solat, kemudian baginda tidak mengulanginya lagi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 138, hadis nombor 312. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الشافعي: "ذهب بعض الناس إلى تغليط يزيد" وقال الإمام أحمد: "هذا حديث واه" وقال يحيى ابن أبي زياد: "ضعيف الحديث" وقال ابن عدي: "ليس بذاك" وضعف هذا الحديث جمهور أهل الحديث وقالوا: لا يصح".

Imam asy-Syafi’i berkata: Sebahagian manusia telah menyatakan kesilapan Yazid.
Imam Ahmad berkata: Hadis ini lemah (Wahin).
Yahya berkata: Ibnu Abi Ziyad hadisnya lemah.
Ibnu ‘Adi berkata: (Hadis) tidak begitu kuat.
Majoriti ahli hadis telah melemahkan hadis ini, mereka menyatakan hadis ini tidak sahih.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs