TEKS BAHASA ARAB
صلى في فضاء ليس بين يديه شيء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda solat di tanah lapang tanpa ada sesuatu pun di hadapan baginda.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322, hadis nombor 1699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: أن رسول الله ﷺ: ((صلى في فضاء ليس بين يديه شيء)). [حم، ش،ع، هق، ((الضعيفة)) (5814)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Baginda solat di tanah lapang tanpa ada sesuatu pun di hadapan baginda. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Ibn Abi Shaybah dalam Musannafnya, Abu Ya‘la dalam Sunannya dan al-Baihaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5814].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.