Baginda SAW selalu menyukai surah al-A'la ini

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – يحب هذه السورة ((سبح اسم ربك الأعلى)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW selalu menyukai surah ini: ((Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi (dari segala sifat kekurangan))) [Surah al-A'la].

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1481, hadis nombor 7560. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – يحب هذه السورة ((سبح اسم ربك الأعلى)). [حم، الطبري في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (4266)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ali RA, katanya: Baginda SAW selalu menyukai surah ini: ((Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi (dari segala sifat kekurangan))) [Surah al-A'la].
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan al-Tabari dalam ((Tahzib al-Athar)). Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4266]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs