Baginda SAW akan memperoleh sepinggan makanan daripada Sa‘ad bin ‘Ubadah pada setiap malam

TEKS BAHASA ARAB

كانت له كل ليلة من سعد بن عبادة صحفة فكان يخطب النساء ويقول: لك كذا وكذا وجفنة سعد تدور معي إليك كلما درت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW akan memperoleh sepinggan makanan daripada Sa‘ad bin ‘Ubadah pada setiap malam. Baginda berkata kepada para isteri Baginda: Aku berikan kamu ini dan ini, dan juga sepinggan makanan daripada Sa‘ad untuk kamu setiap kali tiba giliran kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1077, hadis nombor 5490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل رضي الله عنه قال: كانت لهُ كل ليلةٍ من سعد بن عُبادة صحفةٌ فكان يخطِبُ النساءَ ويقولُ: لكِ كذا وكذا وجفنةُ سعدٍ تدور معيَ إليكِ كلما دُرتُ. [طب، الضعيفة (5931)]

(Lemah) Daripada Sahl RA, beliau menceritakan: Baginda SAW akan memperoleh sepinggan makanan daripada Sa‘ad bin ‘Ubadah pada setiap malam. Baginda berkata kepada para isteri Baginda: Aku berikan kamu ini dan ini, dan juga sepinggan makanan daripada Sa‘ad untuk kamu setiap kali tiba giliran kamu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5931]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs