Baginda bersalaman dengan wanita dan pada tangannya ada kain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يصافح النساء وعلى ‌يده ‌ثوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda bersalaman dengan wanita dan pada tangannya ada kain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 780, hadis nombor 3997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن قيس بن أبي حازم مرفوعا: ((كان يصافح النساء وعلى ‌يده ‌ثوب)). [ابن عبدالبر، ((الضعيفة)) (1858)]

(Lemah) Daripada Qais bin Abi Hazim secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda bersalaman dengan wanita dan pada tangannya ada kain. [Riwayat Ibn Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1858]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.