Baginda apabila mahu masuk ke dalam tempat membuang air, Baginda membaca: Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل الخلاء قال:(( يا ذا الجلال)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda apabila mahu masuk ke dalam tempat membuang air, Baginda membaca: Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1479, hadis nombor 7544. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – قالت: كان إذا دخل الخلاء قال:(( يا ذا الجلال)). [ ابن السني، ((الضعيفة)) (4188)]

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA, katanya: Baginda apabila mahu masuk ke dalam tempat membuang air, Baginda membaca: Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4188]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.