Baginda ﷺ melarang daripada berjalan dengan memakai sebelah selipar, atau sebelah khuf

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى ﷺ أن يمشى في نعل واحد، أو خف واحد، ويبيت في دار وحده، أو ينتفض في براز من الأرض إلا أن ينحني (!)، أو يلقى عدوا إلا أن ينحي عن نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda ﷺ melarang daripada berjalan dengan memakai sebelah selipar, atau sebelah khuf (stoking kulit) dan (baginda melarang) daripada bermalam di dalam rumah seorang diri, atau bergegas membuang air di tanah melainkan dia tunduk (!), atau bertemu dengan musuh melainkan dia menjauhkan diri darinya.

STATUS

Palsu Dengan Selengkap Ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 238-239, hadis nombor 1251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: «نهى ﷺ أن يمشى في نعل واحد، أو خف واحد، ويبيت في دار وحده، أو ينتفض في براز من الأرض إلا أن ينحني (!)، أو يلقى عدوا إلا أن ينحي عن نفسه». [طب، عد، «الضعيفة» (6005)].

(Palsu Dengan Selengkap Ini) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: “Baginda ﷺ melarang daripada berjalan dengan memakai sebelah selipar, atau sebelah khuf (stoking kulit) dan (baginda melarang) daripada bermalam di dalam rumah seorang diri, atau bergegas membuang air di tanah melainkan dia tunduk (!), atau bertemu dengan musuh melainkan dia menjauhkan diri darinya”. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6005].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.