Baginda ﷺ biasa bertakbir pada solat subuh hari ‘Arafah hingga solat asar pada hari tasyrik terakhir, usai memberi salam daripada solat fardu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يكبّر في صلاة الفجر يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخر أيام التشريق؛ حين يسلّم من المكتوبات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda ﷺ biasa bertakbir pada solat subuh hari ‘Arafah hingga solat asar pada hari tasyrik terakhir, usai memberi salam daripada solat fardu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 325, hadis nombor 1713. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما – قال: ((كان يكبّر في صلاة الفجر يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخر أيام التشريق؛ حين يسلّم من المكتوبات)). [الطبراني في جزء ((فضل عشر ذي الحجة))، قط، هق، ((الضعيفة)) (5578)].

(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA, dia berkata: Baginda ﷺ biasa bertakbir pada solat subuh hari ‘Arafah hingga solat asar pada hari tasyrik terakhir, usai memberi salam daripada solat fardu. [Riwayat al-Tabarani dalam juzuk Fadl ‘Ashr Zi al-Hijjah, al-Daraqutni dalam al-Sunan dan al-Bayhaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5578].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.