Orang yang sakit itu rintihannya adalah tasbih

TEKS BAHASA ARAB

المريض أنينه تسبيح وصياحه تكبير ونفسه صدقة ونومه عبادة وتقلبه من جنب إلى جنب جهاد في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang sakit itu rintihannya adalah tasbih, puasanya adalah takbir, nafasnya adalah sedekah, tidurnya adalah ibadah dan pertukaran daripada satu bahagian ke satu bahagian lain (ketika berbaring) adalah jihad pada jalan Allah.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 83, hadis nombor 376. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: ليس بثابت، وكره كثير من السلف، الأنين، وعن عبد الله ابن الإمام أحمد، قال: لما مرض أبي واشتد مرضه ما أن، فقيل له في ذلك قال: بلغني عن طاووس، أنه قال: أنين المريض شكوى الله عز وجل، قال عبد الله: “فما أن حتى مات” وعن سفيان الثوري، قال: ما أصاب إبليس من أيوب في مرضه إلا الأنين، وعن وهب بن منبه: أن -زكريا عليه السلام- دخل جوف شجرة فوضع المنشار على الشجرة وقطع بنصفين فلما وقع المنشار على ظهره: أن، فأوحى الله إليه: “يا زكريا إما أن تكف عن أنينك أو أقلب الأرض ومن عليها”، قال: فسكت حتى قطع بنصفين.

Ibn Hajar berkata: “Tidak thabit”. Ramai dalam kalangan salaf menganggap makruh merintih. Juga diriwayatkan daripada 'Abdullah bin al-Imam Ahmad berkata: “Ketika ayahku sakit yang bersangatan, beliau tidak pun merintih. Lalu ditanya kepada beliau tentang itu, beliau menjawab: “Telah sampai kepadaku daripada Tawus bahawa beliau berkata: “Rintihan orang yang sakit adalah keluhan terhadap Allah azzawajalla”. 'Abdullah berkata: “Beliau tidak merintih hinggalah beliau meninggal dunia”, juga diriwayatkan daripada Sufyan al-Thawri, katanya: “Iblis tidak mendapat apa-apa habuan daripada Ayyub ketika beliau sakit kecuali rintihan (sebagai habuannya)”. Juga diriwayatkan daripada Wahb bin Munabbih: Bahawa Zakariyya AS masuk ke dalam pokok, lalu diletakkan gergaji pada pokok seraya dipotong hingga terbelah dua. Apabila gergaji sampai ke belakang Zakariyya, beliau merintih lantas Allah wahyukan kepada beliau: “Wahai Zakariyya, sama ada kamu menahan daripada rintihanmu atau Aku bolak balikkan bumi dan orang yang berada di atasnya”, kata Wahb: “Lalu Zakariyya pun diam hingga beliau terbelah dua”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs