TEKS BAHASA ARAB
من اكتحل يوم عاشوراء لم ترمد عينيه أبدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang bercelak pada hari ‘Ashura’, kedua matanya tidak akan pernah sakit sampai bila-bila.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 87, hadis nombor 402. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
روي حديثا لكن قال الحاكم: منكر، وابن الجوزي والسخاوي: موضوع، بل قال الحاكم: الاكتحال يوم عاشوراء لم يرد فيه عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أثر، وهو بدعة ابتدعها قتلة الحسين.
Diriwayatkan sebagai hadith namun al-Hakim berkata: “Munkar”, Ibn al-Jawzi dan al-Sakhawi pula berkata: “Palsu”. Bahkan al-Hakim berkata: “Bercelak pada hari ‘Ashura’, tidak warid satu pun hadith daripada Nabi SAW berkenaannya, ia suatu bid’ah yang direka sempena pembunuhan al-Husain”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.