TEKS BAHASA ARAB
عرضت علي أمتي البارحة لدى هذه الحجرة أولها إلى آخرها، فقال رجل: عرض عليك من خلق، فكيف من لم يخلق؟ فقال: صوروا لي في الطين، حتى لأنا أعرف بالإنسان منهم من أحدكم بصاحبه
TEKS BAHASA MALAYSIA
Telah dibentangkan kepadaku malam semalam akan umatku di sisi bilik ini daripada awalnya hingga ke akhirnya. Kemudian telah berkata seorang lelaki: Dibentangkan ke atas kamu sesiapa yang telah dicipta, bagaimana pula dengan yang belum dicipta? Nabi Berkata: “Mereka digambarkan kepadaku di dalam bentuk tanah- sehinggalah akulah yang paling tahu tentang manusia daripada mereka mengenali sahabat mereka sendiri.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1687, hadis nombor 8506. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Huzaifah bin Usaid ini yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Dailami dalam al-Firdaus.
Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.