Jadilah orang yang terbunuh

TEKS BAHASA ARAB

كن خير ابني آدم كن المقتول ولا تكن القاتل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jadilah anak Adam yang terbaik, jadilah orang yang terbunuh dan jangan jadi orang yang membunuh.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 72, hadis nombor 302. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لَمْ يَرِدْ بهذا اللفظ بل بلفظ اكسروا قسيكم يعني في الفتنة واقطعوا أوتاركم والزموا أجواف البيوت وكونوا فيها كالخير من ابني آدم، وفي الباب غير ذلك.

Tidak warid dengan lafaz ini, sebaliknya dengan lafaz: “Patahkanlah busur-busur kamu – iaitu ketika terjadi fitnah -, potonglah tali-tali busur kamu, tetaplah berada di dalam rumah dan jadilah kamu ketika itu seperti anak Adam yang terbaik”, dalam bab tersebut terdapat hadith lain.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon