TEKS BAHASA ARAB
حديث: تختموا بالعقيق فإنه مبارك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Hendaklah kamu memakai cincin batu akik, kerana padanya ada keberkatan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 194, hadis nombor 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن عائشة مرفوعا وفي إسناده: يعقوب بن الوليد المدني وضاع.
وروى: من تختم بالعقيق لم يقض له إلا بالذي يهوى وهو موضوع.
وفي لفظ: أكثر خرز أهل الجنة العقيق.
وفي إسناده: كذاب.
وفي لفظ: تختموا بالعقيق فإنه ينفي الفقر.
قال ابن عدي: باطل.
وفي لفظ: تختموا بالعقيق فإنه أنجح للأمر واليمنى أحق بالزينة.
قال ابن حجر: موضوع.
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan pada sanadnya terdapat Yaakub Bin al-Walid al-Madaniy, seorang pereka hadith palsu.
Dan dia meriwayatkan: Siapa yang memakai cincin dari batu akik, tidak disempurnakan urusannya melainkan yang dia ingini, dan ia palsu.
Dan dalam satu lafaz: Manik-manik penghuni syurga yang paling banyak adalah dari batu akik.
Pada sanadnya terdapat perawi yang pembohong.
Dan dalam satu lafaz: Hendaklah kamu memakai cincin batu akik, kerana sesungguhnya ia menjauhkan kefakiran.
Ibn ‘Adi berkata: Hadith ini batil.
Dalam lafaz lain: Hendaklah kamu memakai cincin batu akik, kerana sesungguhnya ia lebih menjayakan urusan dan yang kanan adalah lebih berhak dengan perhiasan.
Ibn Hajar berkata: Hadith ini palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.