Tidakkah kamu mahu aku ceritakan tentang Khidir?

TEKS BAHASA ARAB

عن أبي أمامة رضي الله عنه أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال لأصحابه: (ألا أحدثكم عن الخضر؟ قالوا: بلى يا رسول الله! قال: بينما هو ذات يوم يمشي في سوق بني إسرائيل؛ أبصره رجل مكاتب. فقال: تصدق علي بارك الله فيك! فقال الخضر: آمنت بالله، ما شاء الله من أمر يكون، ما عندي شيء أعطيكه. فقال المسكين: أسألك بوجه الله! لما تصدقت علي؛ فإني نظرت السيماء (وفي رواية: سيماء الخير) في وجهك، ورجوت البركة عندك! فقال الخضر: آمنت بالله، ما عندي شيء أعطيكه إلا أن تأخذني فتتبيعني! فقال المسكين: وهل يستقيم هذا؟! قال: نعم، الحق أقول؛ لقد سألتني بأمر عظيم، أما إني لا أخيبك بوجه ربي؛ يعني! قال: فقدم إلى السوق فباعه بأربع مئة درهم، فمكث عند المشتري زماناً لا يستعمله في شيء، فقال له: إنك إنما ابتعتني التماس خير عندي، فأوصني بعمل؟ قال: أكره أن أشق عليك؛ إنك شيخ كبير. قال: ليس يشق علي. قال: فقم وانقل هذه الحجارة، وكان لا ينقلها دون ستة نفر في يوم. فخرج الرجل لبعض حاجته؛ ثم انصرف وقد نقل الحجارة في ساعة! قال: أحسنت وأجملت وأطقت ما لم أرك تطيقه. قال: ثم عرض للرجل سفر، فقال: إني أحسبك أميناً، فاخلفني في أهلي خلافة حسة. قال: فأوصني بعمل. قال: إني أكره أن أشق عليك. قال: ليس يشق علي. قال: فاضرب من اللبن لبيتي حتى أقدم عليك. قال: فمضى الرجل لسفره. [قال:] فرجع الرجل وقد شيد بناءه! فقال: أسألك بوجه الله! ما سبيلك وما أمرك؟ قال: سألتني بوجه الله، ووجه الله أوقعني في العبودية. فقال الخضر: سأخبرك من أنا؟ أنا الخضر الذي سمعت به؛ سألني [رجل] مسكين صدقة، فلم يكن عندي شيء أعطيه، فسألني بوجه الله، فأمكنته من رقبتي، فباعني. وأخبرك أنه من سئل بوجه الله، فرد سائله وهو يقدر؛ وقف يوم القيامة [ليس على وجهه] جلد ولا لحم؛ إلا عظم يتقعقع. فقال الرجل: آمنت بالله، شققت عليك يا نبي الله! ولم أعلم. قال: لا بأس؛ أحسنت وأبقيت. فقال الرجل: بأبي أنت وأمي يا نبي الله! احكم في أهلي ومالي بما أراك الله، أو أخيرك؛ فأخلي سبيلك؟ فقال: أحب أن تخلي سبيلي؛ فأعبد ربي. فخلى سبيله. فقال الخضر: الحمد لله الذي أوقعني في العبودية؛ ثم نجاني منها).


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abi Umamah RA bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada sahabatnya: “Tidakkah kamu mahu aku ceritakan tentang Khidir?” Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah! Rasulullah berkata: Sedang dia berjalan di kedai Bani Israil pada suatu hari, seorang lelaki mukatab (hamba yang dijanjikan untuk bebas dengan memberikan sejumlah wang kepada tuannya) telah melihatnya lalu lelaki itu berkata: Bersedekahlah ke atasku! Semoga Allah memberkatimu dengannya! Lalu Khidir menjawab: Aku beriman dengan Allah, Apa yang Allah kehendaki untuk terjadi akan jadi. Aku tidak mempunyai sesuatu pun untuk bersedakah kepadamu. Orang miskin itu berkata: Aku memohon kepadamu dengan ikhlas supaya engkau bersedekah ke atasku, kerana aku melihat tanda kebaikan di wajah kamu dan aku mengharap keberkatan daripadamu! Lalu Khidir berkata: Aku beriman kepada Allah, aku tidak mempunyai sesuatu pun untuk memberi kepada kamu melainkan engkau mengambilku dan juallah aku! Lalu orang miskin itu menjawab: Adakah benar perkara ini? Khidir jawab: Ya, kebenaran yang aku katakan. Kamu telah memintaku sesuatu yang besar dan sesungguhnya aku tidak ingin mengecewakanmu demi wajah Tuhanku. Kemudian dia pergi ke kedai dan menjual Khidir dengan harga empat ratus dirham. Lalu dia (khidir) tinggal bersama pembeli itu dan tidak pernah mengambil manfaat darinya. Jadi Khidir berkata kepadanya: Sesungguhnya engkau telah membeliku demi mendapatkan kebaikan atau manfaat yang ada pada diriku, maka perintahkanlah aku untuk buat sesuatu pekerjaan? Pembeli itu menjawab: Aku tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya engkau adalah orang tua yang berumur. Khidir berkata: Tidak ada yang menyusahkan aku. Lalu dia berkata: Maka berdirilah dan pindahkanlah batu-batu ini. Sebelum ini, tidak ada yang mampu mengangkat batu-batu ini kurang daripada enam orang dalam sehari. Kemudian lelaki itu keluar menguruskan urusannya dan apabila dia kembali, batu-batu itu telah dipindahkan dalam masa yang singkat lalu dia berkata: Kau telah melakukannya dengan baik dan engkau mampu untuk melakukan sesuatu yang aku tak sangka kamu mampu. Si tuan pun perlu untuk pergi bermusafir lalu dia berkata: Aku rasa hanya kau seorang yang boleh dipercayai, maka gantikanlah aku sebagai pemimpin keluargaku dengan sebaik-baiknya. Khidir menjawab: Baiklah, perintahkanlah aku untuk membuat sesuatu pekerjaan. Si Tuan berkata: Aku tidak ingin menyusahkan kau dan Khidir menjawab: Tidak ada yang menyusahkan aku. Jika itu, pasanglah batu-bata itu untuk rumahku sehingga aku pulang kepadamu. Lalu dia pergi bermusafir dan apabila dia kembali, rumahnya telah selesai dibina kemudian dia berkata: Aku bertanya kepadamu dengan wajah Allah, bagaimanakah kamu melakukan perkara ini dan siapakah kamu? Khidir menjawab: Kau telah bertanyaku dengan kemuliaan wajah Allah dan kemuliaan wajah-Nya telah menjatuhkan aku ke dalam perhambaan. Maka aku akan memberitahumu, aku adalah Khidir yang pernah kau dengar itu. Satu hari seorang hamba mukatab yang miskin memintaku sedekah dan ketika itu aku tidak mempunyai sesuatu pun untuk memberinya. Dia kemudian memohon kepadaku dengan kemuliaan wajah Allah lalu aku memberikannya diriku maka dia menjualku. Aku memberitahumu bahawa sesiapa yang diminta pertolongan dengan wajah Allah kemudian dia menolak permintaan itu padahal dia mampu, pada hari kiamat nanti dia akan berdiri dengan wajah yang tidak mempunyai kulit dan daging, yang tinggal hanyalah tulang wajahnya yang bergerak-gerak. Mendengar penjelasan Khidir, si tuan berkata: Aku beriman kepada Allah. Aku telah menyusahkan kamu wahai Nabi Allah dan aku tidak mengetahui itu. Khidir menjawab: Tidak mengapa, kamu telah melakukan kebaikan. Lalu lelaki itu berkata: Demi ayah dan ibuku sebagai tebusannya wahai Nabi Allah! Aku memasrahkan urusan keluargaku dan hartaku kepadamu, atau pilihlah jika kau ingin aku membebaskanmu. Khidir menjawab: Ya, aku ingin kamu membebaskanku dan aku ingin menyembah Tuhanku. Lalu dia membebaskan Khidir dan Khidir berkata: Segala puji bagi Alah yang telah menjatuhkanku kepada penghambaan kemudian melepaskanku darinya.”


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1694-1695, hadis nombor 8542. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Umamah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, al-Tabarani dalam al-Kabir dan dalam Musnad al-Shamiyyin, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan Ibn Asakir.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs