TEKS BAHASA ARAB
المعدة بيت الداء والحمية رأس الدواء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perut adalah rumah bagi segala penyakit dan berpantang pula adalah ibu segala ubat.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 85, hadis nombor 388. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ليس بحديث، بل من كلام الحارث بن كلدة، أو غيره، وفي معناه، ما جاء عن عائشة – رضي الله عنها – أنه – صلى الله عليه وسلم – دخل عليها وهي تشتكي، فقال لها: “يا عائشة الأدم دواء والمعدة بيت الأدواء . . الحديث”.
Ia bukan hadith, sebaliknya bersumberkan ucapan al-Harith bin Kildah atau selain beliau. Semakna dengannya adalah hadith yang diriwayatkan daripada 'Aishah RA bahawa Nabi SAW pernah masuk menemui beliau ketika beliau sedang sakit, lalu Baginda bersabda kepada 'Aishah: “Wahai 'Aishah! Lauk pauk adalah ubat dan perut pula rumah bagi segala penyakit”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.