Sesiapa yang memakan sesuatu yang haram tidak diterima darinya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله ملكا على بيت المقدس ينادي كل يوم وليلة: من أكل حراما لم يقبل منه صرف ولا عدل.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah memiliki satu malaikat di atas Baitul Maqdis yang menyeru pada setiap hari dan malam: Sesiapa yang memakan sesuatu yang haram tidak diterima darinya apa yang dibelanjakan dan ditebus (dikatakan juga: apa yang wajib dan apa yang sunat).


STATUS

Tiada asal


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 145, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


ذكره في المختصر وقال: لم يوجد له أصل.

Al-Firuzabadi menyebutkannya dalam Kitab al-Mukhtasar dan dia berkata: Tidak ditemui asal riwayat hadith ini.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs