Penghulu makanan bagi penghuni syurga adalah daging

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: سيد طعام أهل الجنة اللحم.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Penghulu makanan bagi penghuni syurga adalah daging.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 167-168, hadis nombor 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن أبي الدرداء مرفوعا وفي إسناده: سليمان بن عطاء يروي الموضوعات عن شيخه مسلمة بن عبد الله الجهني.
وقال ابن حجر: لم يتبين لي الحكم على هذا المتن بالوضع وأن مسلمة غير مجروح وسليمان بن عطاء ضعيف .
ورواه العقيلي من حديث ربيعة بن كعب مرفوعا: أفضل طعام الدنيا والآخرة: اللحم وقال: هذا حديث غير محفوظ.
وقال ابن حبان عمرو بن بكر المذكور في إسناده: يروي عن الثقات الطامات.
ورواه البيهقي في الشعب من حديث عبد الله بن بريدة عن أبيه ورواه أيضا من حديث أنس .
وأخرجه أبو نعيم من حديث علي رضي الله عنه. وليس في شيء من هذه الطرق ما يوجب الحكم بالوضع.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Abu Darda’ secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) pada sanadnya terdapat Sulaiman bin ‘Ata’ yang meriwayatkan hadith-hadith yang palsu dari gurunya Maslamah bin Abdullah al-Juhani.
Ibn Hajar berkata: Tidak jelas kepadaku kepalsuan matan ini, sesungguhnya Maslamah tidak dikritik dan Sulaiman bin ‘Ata’ seorang yang lemah.
Al-Uqaili meriwayatkan dari hadith Rabi’ah bin Ka‘ab secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik makanan dunia dan akhirat adalah daging. Dan beliau berkata: Hadith ini tidak terpelihara.
Ibn Hibban berkata ‘Amru bin Bakar yang disebutkan pada sanadnya meriwayatkan banyak hadith pelik dari perawi-perawi thiqah.
Al-Baihaqi meriwayatkan dalam kitabnya al-Shu‘ab daripada hadith Abdullah bin Buraidah daripada bapanya. Beliau meriwayatkannya juga daripada hadith Anas.
Abu Nu’aim meriwayatkan daripada hadith Ali RA, dan tiada satu pun jalan-jalannya yang boleh dihukumkan palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon