Doa keburukan oleh seseorang kepada kekasihnya tidak diterima

TEKS BAHASA ARAB

دعاء المرء على حبيبه غير مقبول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Doa keburukan oleh seseorang kepada kekasihnya tidak diterima.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 39, hadis nombor 145. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف بهذا لكن عند الديلمي من حديث ابن عمر “إني سألت الله أن لا يقبل دعاء حبيب على حبيبه” وعند الدارقطني “إن الله لا يقبل دعاء حبيب على حبيبه”.

Tidak diketahui dengan lafaz ini, namun dalam riwayat al-Dailami melalui hadith Ibn 'Umar: “Sesungguhnya aku telah meminta kepada Allah agar tidak menerima doa keburukan oleh seorang kekasih kepada kekasihnya”, juga dalam riwayat al-Daraqutni: “Sesungguhnya Allah tidak akan menerima doa keburukan oleh seorang kekasih kepada kekasihnya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs