TEKS BAHASA ARAB
شكوت إلى جبريل ضعف الوقاع فأمرني بأكل الهريسة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku mengadu kepada Jibril tentang lemah dalam persetubuhan, lalu Jibril menyuruhku memakan bubur.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 48, hadis nombor 187. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
.أخرجه القضاعي والطبراني عن حذيفة وهو موضوع. قيل وضعه هراس كسدت هريسته.
Ia telah diriwayatkan oleh al-Qudha'ei dan al-Tabarani daripada Huzaifah, ia palsu. Dikatakan: Penjual bubur yang mereka-reka hadith tersebut kerana buburnya tidak laku”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.