Sebaik-baik ipar adalah kubur

TEKS BAHASA ARAB

نعم الصهر القبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik ipar adalah kubur.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 99, hadis nombor 488. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال بعض العلماء: لم أظفر به بعد التفتيش وعند الديلمي، بلا سند عن ابن عباس مرفوعا: نعم الكفؤ القبر للجارية، وجاء عن ابن عباس موقوفا: بلفظ نعم الأختان القبور.

Sebahagian ulama berkata: “Aku tidak menemuinya setelah dilakukan penelitian”. Dalam riwayat al-Dailami tanpa sanad daripada Ibn 'Abbas secara marfu': “Sebaik-baik sekufu bagi wanita adalah kubur”, juga diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas secara mawquf dengan lafaz: “Sebaik-baik saudara adalah kubur”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon