Wahai Ali! Sesungguhnya pada diri kamu pada Isa AS ada persamaan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عن علي رضي الله عنه قال: دعاني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: (يا علي! إن فيك من عيسى عليه الصلاة والسلام مثلاً؛ أبغضته اليهود حتى بهتوا أمه، وأحبته النصاري حتى أنزلوه بالمنزلة التي ليس بها).


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Ali RA berkata: Rasulullah SAW memanggilku lalu berkata: “Wahai Ali! Sesungguhnya pada diri kamu pada Isa AS ada persamaan. Orang Yahudi membencinya sehingga mendustai ibunya dan dia dikasihi oleh orang Nasrani sehingga meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya."


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1692, hadis nombor 8531. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Ali RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Nasa’ie dalam al-Khasa’is, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Abi ‘Asim dan Ibn Asakir.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon