Selawat kepada Nabi SAW tidak akan ditolak

TEKS BAHASA ARAB

الصلاة على النبي – صلى الله عليه وسلم – لا ترد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Selawat kepada Nabi SAW tidak akan ditolak.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 52, hadis nombor 207. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو من كلام أبي سليمان الداراني. وأورده في الإحياء مرفوعا. قال السخاوي: إنما هو عن أبي الدرداء من قوله: (إذا سألتم الله حاجة، فابدءوا بالصلاة عليّ؛ فإنه الله أكرم من أن يسأل حاجتين، فيعطي أحدهما، ويرد الأخرى).

Ianya berasal daripada ucapan Abi Sulaiman al-Darani dan dimasukkan dalam al-Ihya’ secara marfu’. Al-Sakhawi berkata: “Hadith itu hanya diriwayatkan daripada Abi al-Darda’ melalui kata-kata beliau: “Apabila kamu meminta kepada Allah sesuatu hajat, maka mulakanlah dengan berselawat kepadaku, kerana sesungguhnya Allah lebih mulia lagi berbanding diminta dua hajat, lalu diberikan salah satunya dan ditolak satu yang lain”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon