Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 200 kali

TEKS BAHASA ARAB

مَنْ قَرَأَ {قُلْ هُوَ الله أَحَدٌ} مِائَتَيْ مَرَّةٍ غَفَرَ الله لَهُ ذُنُوبَ مِائَتَيْ سَنَةٍ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 200 kali, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya selama 200 tahun".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 74, hadis nombor 427. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat al-Hasan Ibn Abu Ja'far, al-Zahabi berkata: "Sesungguhnya hadith tersebut termasuk hadith-hadith palsu beliau", iaitu sebahagian rekaan beliau.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs