Sesiapa yang membaca al-Fatihah, akan dikurniakan pahala sekian-sekian

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ فاتحة الكتاب، أعطي من الأجر كذا. فذكر فضل سورة سورة، إلى آخر القرآن.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca al-Fatihah, akan dikurniakan pahala sekian-sekian. Lalu disebutkan kelebihan setiap surah hingga akhir al-Quran.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 296, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن أبي بن كعب مرفوعًا، قال ابن المبارك: أظن الزنادقة وضعته، والآفة من بزيع. وروى بإسناد آخر موضوع أيضًا [رواه ابن أبي داود] والآفة من مخلد بن عبد الواحد. ولهذا الحديث طرق كلها باطلة موضوعة.
وذكر الخليلي في الإرشاد عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ مَرْفُوعًا. وَفِي إسناده: نوح ابن أبي مريم، وقد أقر بأنه الواضع له. فقبح الله الكذابين، ولا خلاف بين الحفاظ بأن حديث أبي بن كعب هذا موضوع. وقد اغتر به جماعة من المفسرين فذكروه في تفاسيرهم: كالثعلبي والواحدي والزمخرشي. ولا جرم فليسوا من أهل هذا الشأن.

Diriwayatkan oleh al-Uqaili dari Ubay bin Kaab secara marfu’. Ibn al-Mubarak berkata: Aku menyangka puak Zindiq yang merekanya. Masalahnya adalah pada Bazigh. Diriwayatkan juga dengan sanad palsu yang lain (yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Daud) dan diriwayatkan oleh Makhlad bin Abdul Wahid. Jalur-jalur bagi hadis ini kesemuanya batil dan palsu. Al-Khalili menyebutkan dalam kitab al-Irsyad daripada Ibn Abbas secara marfu’. Dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang telah mengaku bahawa dialah pemalsu hadis tersebut. Allah mencela para pendusta dan tiada perselisihan di antara para huffaz bahawa hadis Ubai bin Kaab ini adalah palsu. Sebahagian para ahli tafsir telah tertipu dengan hadis ini lalu mereka meletakkannya dalam kitab-kitab tafsir mereka seumpama al-Tha’labi, al-Wahidi dan juga al-Zamakhsyari. Namun dimaafkan kerana mereka bukan ahli dalam bidang ini.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs