Kacang dal telah disucikan oleh lidah 70 orang Nabi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قدس العدس على لسان سبعين نبيا آخرهم عيسى ابن مريم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kacang dal telah disucikan oleh lidah 70 orang Nabi, yang terakhir dalam kalangan mereka adalah 'Isa bin Maryam.

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 66, hadis nombor 266. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

أخرجه الطبراني عن واثلة، وفي الباب أشياء عن علي ولا يصح فيه شيء وذكره ابن الجوزي في الموضوعات.

Telah diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Wathilah. Dalam bab ini turut diriwayatkan beberapa hadith daripada 'Ali, namun tidak sahih satu pun hadith berkenaannya. Ibn al-Jawzi telah menyebutkannya dalam al-Mawdhu'at.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon