Kejahatan ada 70 cabang

TEKS BAHASA ARAB

الخبث سبعون جزءا للبربر تسعة وستون جزءا وللجن والإنس جزء واحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kejahatan ada 70 cabang, pada golongan Barbar 69 cabang (kejahatan tersebut) dan pada jin dan manusia satu cabang.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 34, hadis nombor 169. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Pendusta yang memalsukan hadith ini telah bersikap melampau terhadap sebahagian golongan Barbar. Adapun Nabi SAW tidak pernah mengatakan apa-apa pun tentang ini dan ia juga tidak mirip dengan lafaz-lafaz Nabi.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon