Tidaklah dia mendengar daripada Rasulullah s.a.w semasa Baginda berjalan di belakang jenazah melainkan ucapan lā ilāha illā Allah

TEKS BAHASA ARAB

لم يكن يسمع من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهو يمشي خلف الجنازة الا قول لا اله الا الله مبديا وراجعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah dia mendengar daripada Rasulullah s.a.w semasa Baginda berjalan di belakang jenazah melainkan ucapan lā ilāha illā Allah, semasa berangkat dan pulang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai yang diselia oleh Dr. Faisal Ahmad Shah dalam Disertasi Universiti Malaya bertajuk Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan, di halaman 57, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدَّثَنَا يَحْيى بْنُ عَبد الرَّحْمَنِ بْنِ نَاجِيَةَ، حَدَّثَنا إِبْرَاهِيمُ بْنُ أَبِي حُمَيْدٍ، حَدَّثَنا أَبُو بَكْرَةَ عَبد الْعَظِيمِ بْنُ حَبِيبٍ، حَدَّثَنا عَبد الرَّحْمَنِ بْنُ عَبد اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنْ أَبِيهِ، عنِ ابْنِ عُمَر قَالَ: لَمْ يَكُنْ يُسْمَع مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهو يَمْشِي خَلْفَ الْجِنَازَةِ إلاَّ قَوْلَ: لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ، مُبْدِيًا وَرَاجِعًا.

Yaḥyā bin ‘Abd al-Raḥman bin Nājiah telah menceritakan kepada kami, Ibrāhīm bin Abū Ḥumaid telah menceritakan kepada kami, Abū Bakrah ‘Abd al-‘Aẓīm bin Ḥabīb telah menceritakan kepada kami, ‘Abd al-Raḥman bin ‘Abd Allah bin Dīnār telah menceritakan kepada kami daripada bapanya, daripada Ibn ‘Umar berkata: Tidaklah dia mendengar daripada Rasulullah s.a.w semasa Baginda berjalan di belakang jenazah melainkan ucapan lā ilāha illā Allah, semasa berangkat dan pulang.

Hadith ini diriwayatkan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil daripada Yaḥyā bin ‘Abd al-Raḥman al-Nājiah daripada Ibrāhīm bin Aḥmad bin ‘Abd al-Karīm al-Ḥarānī, daripada Abū al-Bakrah al-‘Azīm bin Ḥabīb al-Ḥimṣī daripada ‘Abd al-Raḥman bin ‘Abd Allah bin Dīnār daripada bapanya daripada Ibn ‘Umar.
Pada sanad ini terdapat:
1. Ibrāhīm bin Aḥmad bin ‘Abd al-Karīm al-Ḥarānī dikatakan sebagai Ibrāhīm bin Abū Ḥumaid: Abū ‘Arūbah berkata beliau adalah seorang pemalsu. Ibn ‘Adī berkata umumnya apa yang diriwayatkan beliau tidak diikuti oleh sesiapa pun.
2. Abū Bakrah ‘Abd al-‘Aẓīm bin Ḥabīb bin al-Fihrī al-Ḥimṣī: Dalam al-Thiqāt, Ibn Ḥibbān berkata rubbamā khālif. Al-Dāruquṭnī menyatakan laisa bi thiqah dan kathīr ghalaṭ. Bagi Marrah lam yakun bi al-qawiy fī al-ḥadīth.
3. ‘Abd al-Raḥman bin ‘Abd Allah bin Dīnār al-‘Adawiy al-Madīnī Maulā Ibn ‘Umar: Ibn Ma‘īn dan Abū Ḥātim melayyinkannya. Menurut Ibn ‘Adī, sebahagian yang diriwayatkannya adalah munkar dan tidak disokong. Ibn Ḥajar menyatakan ṣadūq yakhṭī’.
Hadith ini palsu disebabkan terdapat pemalsu bernama Ibrāhīm bin Abū Ḥumaid.

RUJUKAN

Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai. (2020). Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan. Universiti Malaya.

MAKLUMAN

Maklumat ini adalah hasil sumbangan penulis iaitu Saudari Nur Farha dan para dermawan seperti Saudari Abil dan lain-lain, melalui Tabung Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs