TEKS BAHASA ARAB
لكل فرحة ترحة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Setiap kegembiraan ada kesedihan.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 75, hadis nombor 318. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
جاء عن ابن مسعود موقوفا، تمامه: “وما من بيت ملئ فرحا إلا ملئ ترحا”.
Datang melalui riwayat Ibn Mas’ud secara mawquf, lengkapnya: “dan tidaklah sebuah rumah dipenuhi dengan kegembiraan melainkan dipenuhi juga dengan kesedihan”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.