Sesiapa yang banyak melakukan solat malam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من كثرت صلاته بالليل حسن وجهه بالنهار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang banyak melakukan solat malam, maka pada waktu siang hari wajahnya kelihatan indah.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 93, hadis nombor 445. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

الراجح، أنه من كلام شريك.

Pendapat yang tepat adalah ia bersumberkan ucapan Sharik.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon