TEKS BAHASA ARAB
لو أحسن أحدكم ظنه بحجر أو: لو اعتقد أحدكم حجرا نفعه الله به أو لنفعه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya seseorang kamu baik sangkaannya pada batu atau sekiranya seseorang kamu mempercayai bahawa Allah boleh menjadikan batu dapat memberi manfaat kepadanya, pasti batu itu boleh memberikan manfaat kepadanya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 76, hadis nombor 326. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
كذب لا أصل له، كما قال ابن تيمية، وابن حجر، وغيرهما.
Dusta lagi tidak ada asalnya sebagaimana kata Ibn Taimiyyah, Ibn Hajar dan lain-lain.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.