Pelajarilah cara melakukan i’rab terhadap sesuatu percakapan

TEKS BAHASA ARAB

أعْرِبُوا الكلامَ كَيْ تُعْرِبُوا القُرْآنَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pelajarilah cara melakukan i'rab terhadap sesuatu percakapan supaya kamu dapat memahami al-Qur'an.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 18, hadis nombor 76. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ucapan ini tidak dikatakan oleh Rasulullah SAW dan percakapan pada zaman Baginda tidak lain melainkan boleh dii'rab, maka hadith ini palsu.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs