Semoga Allah merahmati saudaraku, Khidir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رحم الله أخي الخضر لو كان حيا لزارني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati saudaraku, Khidir. Kalau beliau masih hidup, pasti beliau akan menziarahiku.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 42, hadis nombor 157. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال ابن حجر لا يثبت مرفوعا وإنما هو من كلام بعض السلف ممن أنكر حياة الخضر – عليه السلام -.

Ibn Hajar berkata: “Tidak thabit secara marfu', ia hanyalah bersumberkan daripada ucapan sebahagian Salaf yang mengingkari hidupnya Khidir AS”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon