Sesiapa yang membaca pada waktu fajar surah al-Inshirah dan surah al-Fil

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ في الفجر بـ {ألم نشرح} و{ألم تر كيف فعل ربك} لم يرمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca pada waktu fajar surah al-Inshirah dan surah al-Fil, dia tidak akan mengalami sakit mata.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 93, hadis nombor 441. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا أصل له، وإن حكيت تجربته، وكذا قراءة سورة القدر عقب الوضوء: لا أصل لها، وإن أورد ذلك في المقدمة المنسوبة لأبي الليث.

Tidak ada asalnya sekalipun diceritakan tentang pengalaman melakukannya. Demikian juga bacaan surah al-Qadr selepas berwudhu’, tidak ada asalnya sekalipun amalan tersebut disebutkan dalam satu muqaddimah yang dinisbahkan kepada Abu al-Laith.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon