Sesungguhnya bumi menjerit kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

إنّ الأَرْضَ لَتَعِجُّ إِلَى اللَّهِ تَعالى مِنَ الّذِينَ يَلْبَسُونَ الصُّوفَ رِياءً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bumi menjerit kepada Allah daripada orang-orang yang memakai pakaian berbulu dalam keadaan riyak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 22, hadis nombor 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini adalah dusta. Pada sanadnya terdapat perawi-perawi daif dan matruk (ditinggalkan). Kurangnya sifat malu Ibn al-Jawzi apabila beliau berdalilkannya dalam Talbis Iblis sedangkan beliau pernah menghukum palsu bagi hadis yang sanadnya jauh lebih bersih daripadanya.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs