Hamba yang paling dibenci oleh Allah adalah seseorang yang pakaiannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أبغض العباد إلى الله من كان ثوباه خيرًا من عمله: أن تكونَ ثيابه ثياب الأنبياء، وعمله عمل الجبارين

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hamba yang paling dibenci oleh Allah adalah seseorang yang pakaiannya lebih baik berbanding amalannya, iaitu pakaiannya seperti pakaian para nabi tapi amalannya adalah amalan golongan sombong.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 6, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn al-Jawzi dan al-Zahabi telah menilai palsu hadith tersebut. Penulis (al-Suyuti) juga bersetuju dengan mereka berdua terhadap penilaian tersebut.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon