TEKS BAHASA ARAB
حكمي على الواحد حكمي على الجماعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hukumku terhadap seseorang adalah hukumku terhadap kumpulan tersebut.
STATUS
Tiada asal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 33, hadis nombor 119. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
قال العراقي لا أصل له وفي معناه ما في حديث أميمة ابنة رقيقة: ما قولي لامرأة واحدة إلا كقولي لمائة امرأة.
Al-‘Iraqi berkata: “Tidak ada asalnya”, semakna dengannya adalah apa yang terkandung dalam hadith Umaimah bintu Rufai’ah: “Tidaklah kata-kataku terhadap seseorang wanita melainkan seperti kata-kataku terhadap 100 wanita”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.