Rambut yang bagus adalah harta

TEKS BAHASA ARAB

حُسْنُ الشَّعْرِ مالٌ وحُسْنُ الوَجْهِ مالٌ وحُسْنُ اللِّسانِ مالٌ والمالُ ما يعني في المنام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rambut yang bagus adalah harta, rupa yang elok adalah harta, lidah yang baik adalah harta dan harta adalah suatu yang ada dalam mimpi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 33, hadis nombor 156. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini adalah antara hadith yang dinilai palsu oleh penulis (al-Suyuti) dalam Zail al-Laali dan beliau menukilkan daripada al-Zahabi bahawa beliau berkata: “Ia sebahagian daripada rekaan Yahya bin 'Anbasah”.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs