Pelajarilah ilmu faraidh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تَعَلَّمُوا الفَرائِضَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ فإِنَّهُ نِصْفُ العِلْمِ وَهُوَ يُنْسِي وَهُوَ أوَّلُ شَيءٍ يُنْزَعُ مِنْ أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pelajarilah ilmu faraidh dan ajarkanlah ia kerana sesungguhnya ia adalah separuh ilmu dan ia akan dilupakan dan ia juga perkara terawal yang akan dicabut daripada umatku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 28, hadis nombor 132. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Hafs bin 'Umar al-Aili, beliau seorang kaki dusta.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon