TEKS BAHASA ARAB
أن النبي صلى في مسجد الروحاء الذي عند عرق الظبية، وقال: (هذا سجاسج: واد من أودية الجنة، قد صلى في هذا المسجد قبلي سبعون نبيا، ولقد مر به موسى بن عمران حاجاً أو معتمرا في سبعين ألفا من بني إسرائيل على ناقة له ورقاء، عليه عباءتان قطوانيتان)
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Nabi SAW solat di masjid al-Rawha’ berdekatan dengan ‘Irq al-Zhabyah. Baginda berkata: Ini adalah Sajasij: Iaitu lembah daripada lembah-lembah syurga. Telah solat di masjid ini sebelumku 70 para nabi dan telah melaluinya Nabi Musa bin Imran ketika menunaikan haji atau umrah pada 70 ribu dari Bani Israel di atas unta kelabu, di atasnya dua pakaian putih.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1706, hadis nombor 8587. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Amr bin Auf ini yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Harbi dalam al-Manasik.
Ia dinilai sangat lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.