Kami berperang bersama Nabi SAW dalam perang pertama yang baginda pergi berperang iaitu al-Abwa’

TEKS BAHASA ARAB

عن عمرو بن عوف قال: غزونا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم -أول عزوة غزاها- الأبواء حتى إذا كنا بالروحاء نزل بعرق الظبية فصلى ثم قال: (هل تدرون ما اسم هذا الجبل ؟ قالوا : الله ورسوله أعلم ! قال : هذا [حمت] جبل من جبال الجنة ، اللهم ! بارك فيه ، وبارك لأهله فيه ، وقال للروحاء : هذه سجاسج واد من أودية الجنة ، ولقد مر بها موسى ؛ عليه عباءتان قطوانيتان على ناقة ورقاء ؛ في سبعين ألفاً من بني إسرائيل حاجين البيت العتيق ، ولا تمر الساعة حتى يمر بها عيسى ابن مريم عبد الله ورسوله حاجاً أو معتمراً ؛ أو يجمع الله له ذلك كله )


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Amr bin Auf berkata: Kami berperang bersama Nabi SAW dalam perang pertama yang baginda pergi berperang iaitu al-Abwa’ sehingga apabila kami sampai di al-Rauha’ baginda turun ke ‘Irq al-Zhubyah baginda solat lalu bersabda: “Adakah kamu tahu apakah nama bukit ini?”, Mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Sabda Nabi: “Ini adalah satu bukit dari bukit-bukit syurga. Ya Allah, berkatilah padanya, berkatilah penduduknya. Baginda bersabda kepada al-Rauha’: Ini adalah lembah dari lembah-lembah syurga. Musa telah melaluinya dan padanya dua pakaian putih di atas unta kelambu bersama 70 ribu Bani Israel yang mahu melakukan haji ke al-Bayt al-’Atiq (Kaabah). Tidak berlaku kiamat melainkan sehingga Isa bin Maryam hamba Allah dan Rasul-Nya melaluinya dalam keadaan ingin berhaji dan umrah ataupun Allah menghimpunkan kesemuanya”ز


STATUS

Sangat lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1697, hadis nombor 8553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Amr bin Auf RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan Ibn Syabbah.

Ia dinilai sangat lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon