Janganlah kamu menetapkan harga

TEKS BAHASA ARAB

لا تسعروا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu menetapkan harga.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 104, hadis nombor 507. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هذا اللفظ: لم يرد، لكن في حديث أنس، الصحيح، قال: قال الناس: يا رسول الله غلا السعر فسعر لنا، فقال: (إن الله هو المسعر … الحديث)، وفي الباب غيره.

Lafaz ini tidak warid namun, dalam hadith Anas yang sahih, katanya: Orang ramai berkata: “Wahai Rasulullah! Harga menjadi mahal, maka tetapkanlah harga untuk kami”. Lalu Baginda pun menjawab: “Sesungguhnya Allah lah yang menetapkan harga”, hadith. Dalam bab ini juga ada hadith lain.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs