Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خير الأمور أوساطها

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 37, hadis nombor 137. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

من كلام مطرف بن عبد الله ويزيد بن مرة الجعفي وقال أبو قلابة خير أموركم أوساطها وروي – أيضا – عن علي.

Berasal daripada ucapan Mutarrif bin 'Abdillah dan Yazid bin Murrah al-Ju'fi. Abu Qilabah berkata: “Sebaik-baik urusan kamu adalah yang pertengahannya”, juga diriwayatkan daripada 'Ali.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon