Di akhir zaman, suhu sejuk Rom akan berpindah ke Syam

TEKS BAHASA ARAB

في آخر الزمان ينتقل برد الروم إلى الشام وبرد الشام إلى مصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada akhir zaman, suhu sejuk Rom akan berpindah ke Syam dan suhu sejuk Syam akan berpindah ke Mesir.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 65, hadis nombor 262. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: لا أصل له.

Ibn Hajar berkata: “Tidak ada asalnya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon