Kebaikan muncul ketika mendengar suara burung gagak dan seumpamanya

TEKS BAHASA ARAB

خير خير عند سماع نعيق الغراب ونحوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebaikan muncul ketika mendengar suara burung gagak dan seumpamanya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 37, hadis nombor 138. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو نوع طيرة وجاء عن عكرمة قال كنا عند ابن عمر عنده ابن عباس – رضي الله عنهم – فمر غراب يصيح فقال رجل خير خير فقال ابن عباس لا خير ولا شر.

Ia salah satu jenis kepercayaan tiyarah (sial atau beruntung kerana sesuatu sebab). Ada diriwayatkan daripada ‘Ikrimah, katanya: Pernah kami duduk bersama Ibn ‘Umar, di sisi Ibn ‘Umar* adalah Ibn ‘Abbas RA, tiba-tiba seekor gagak pun melintasi sambil membunyikan suara. Lalu seseorang berkata: “Kebaikan-kebaikan”, lantas Ibn ‘Abbas menjawab: “Tidak ada kebaikan dan tidak ada juga keburukan”.
*Dalam kitab asal menyebutkan “Ibn ‘Arafah”, sebetulnya “di sisi Ibn ‘Umar”. Lihat al-Maqasid pada nombor 457.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon